Esei pengajian am..ada 3 soalan,jawab 2. Tapi,adakah anda tahu cara untuk menjawabnya? Saya akan bagi anda formula dulu. Ini dia..
3+2
2+3
4+1
1+4
Semuanya berjumlah 5 kan? Jadinya,untuk buat esei pengajian am..anda perlukan 5 isi. Pendahuluan dan kesimpulan tidak dikira markah,tapi wajib buat. Tak perlu nak panjang sangat. Setakat dua tiga ayat bolehlah. Sebab markah dikira berdasarkan isi dan huraian.
Contoh soalan:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.
Nampak tak? Berikan 3 faktor dan 2 langkah. Ingat,panjang karangan anda mestilah antara 300-350 patah perkataan. Tak boleh lebih-lebih. Terus beri isi yang direct to the point. Tak perlu beri penjelasan yang berjela-jela tentang rasuah. Ini bukan karangan bahasa melayu. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan esei ialah 25 markah. Untuk skor A dalam pengajian am,karangan anda mestilah mendapat 15 markah ke atas(mengikut kata guru saya). Masih belum jelas lagi? Saya akan bagi tips untuk jawab soalan esei ni.
TIPS:
-Pendahuluan dan kesimpulan tak perlu panjang sangat.
-Isi-isi yang diberi mestilah relevan dan matang.
-Tak perlu nak cerita panjang lebar tentang sejarah rasuah dll.
-Jangan lupa ikut formula yang diberikan. 3+2,2+3
-Buat draf sebelum buat karangan sebenar.
-Elakkan kesalahan tatabahasa.
Ini adalah contoh karangan saya yang hanya mendapat 18 markah. Penandaan yang guru saya berikan amatlah strict.
Soalan:
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan amalan perkhidmatan awam negara tanpa rasuah,namun kejayaannya masih lagi gagal dicapai. Jelaskan.
Jawapan:
Perkhidmatan awam negara seperti polis,kastam,dan lain-lain sesungguhnya tidak terlepas daripada amalan rasuah. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi amalan rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan ini.
Melalui penguatkuasaan undang-undang,kerajaan telah mengenakan denda serta hukuman berat kepada kakitangan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Undang-undang tetap akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan walaupun mereka mempunyai jawatan yang tinggi. Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan rasuah akan dilucutkan jawatannya. Hal ini memberi pengajaran kepada rakyat.
Gaji kakitangan awam juga dinaikkan bagi mengelakkan kakitangan awam terlibat dengan rasuah. Pihak kerajaan melakukan usaha ini agar semua kakitangan awam bekerja dengan lebih efisien dan tidak menjadi alasan deseakan hidup untuk terlibat dengan rasuah. Ini juga sebagai usaha untuk kakitangan awam menghargai kerajaan.
Kejayaan bagi mengatasi amalan rasuah ini masih lagi gagal dicapai. Kakitangan kerajaan lebih mengutamakan rasuah kerana rasuah lebih lumayan. Gaji kakitangan awam tidak mencapai imbuhan rasuah yang diberikan. Mereka menerima wang,komputer riba atau barang berharga sebagai imbuhan. Mereka tidak perlu melakukan kerja yang berat semata-mata untuk mendapatkan wang.
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat juga menyebabkan rasuah tidak dapat dibanteras. Masyarakat memandang enteng kepada perkara rasuah kerana mentaliti masyarakat yang menganggap isu rasuah sebagai isu lapuk. Masyarakat merasakan amalan rasuah tidak ada kaitan dengan mereka.
Sikap kakitangan awam itu sendiri yang tidak amanah juga merupakan punca rasuah berleluasa. Kakitangan awam hanya menurut nafsu semata-mata dan tidak kisah untuk pecah amanah. Mereka juga melakukan perkara ini atas desakan hidup.
Kesimpulannya,pihak kerajaan perlu membanteras rasuah sehingga ke penghujungnya. Masyarakat juga perlu bekerjasama dengan kerajaan agar isu rasuah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.
JIKA KEHENDAK SOALAN 5+0
ReplyDeleteterbaikkk
ReplyDelete1+0 sja bagaimana
ReplyDeleteMana wujud 1+0. Nanti markah berapa sahaja. Tak lebih dari 5. Itu belum masuk lagi releven atau tidak, struktur ayat, kesalahan sintaksis, markah bahasa. Kih-3
Deletekalau 1+0, memang markah susah nak dapatlah.
Deletedia nk belawak je tu.. kmu serius sngt
DeleteIboh dodo kau sitok kimak juak eh
Deletesyafiq zaidi awak budak spm ke
Deletemns kwn hahaha tauk la dah nk sem 1 ilek laaa
Deletemns kwn hahaha tauk la dah nk sem 1 ilek laaa
Delete🧘🏻😂
Deleteterimah kasih atas maklumat ini. sangat bermanfaat.
ReplyDeleteF * * *
ReplyDeletetrma kasih ats mklumat yg anda sediakn ia amat b'makna bg sya...
ReplyDeletetrma kasih ats mklumat yg anda sediakn ia amat b'makna bg sya...
ReplyDeleteTerbaikkk....hope boleh jwb esok...
ReplyDeleteOhh..sama-sama. Hanya sekadar membantu.
ReplyDeletemcm mana nak menentukan kombinasi jawapan sama ada 3+2 , 2+3 ,1+4,atau 5+0?apakah kat kuncinya??
ReplyDeleteBc
Deletebulatkan,
ReplyDeletepelbagai usaha... (nyatakan usaha).
namun.... (nyatakan punca)
soalan ni minta 3+2/2+3 gitu?
Ada tips untuk bagaimana mendapat isi yg matang dn tepat mengikut solan ?
DeleteOtak masih lagi tak mampu nak beza 2+3 ke 5+0 lah. Hadui.
ReplyDeletemacam mna nak taw kehendak soalan??
ReplyDeleteesok exam P.A penggal 1
ReplyDeleteotak»X-(
soalan stpm hari ini
ReplyDeleteGEJALA RASUAH MENJADI DURI DALAM DAGING YANG MENDATANGKN KESAN BURUK PADA NEGARA.PELBGAI LANGKAH DIAMBIL
.BINCANG
AP KHNDAK EK
Dear Anonymous, kehendak soalan minta Kesan dan Langkah untuk mengatasinya. So berikan 3 kesan dan 2 langkah yang diambil untuk mengatasi gejala rasuah tersebut.
Deletetlng jawb cikgu
ReplyDeletemintak nk copy paste boleh x??
ReplyDeleteterima kasih ats maklumat yang berguna ini..
ReplyDeletewaww.. trima kasih ya atas mklumat serta tips ini..
ReplyDelete18 marks? are u serious?
ReplyDeletekalau soalan 3x2?
ReplyDeletekalau soalan 3x2?
ReplyDeleteMacam mana nak tahu releven ke tak??
ReplyDeleteterbaikk...sgt membantu sy nk buat esei mlm ney... tq yerr...
ReplyDeletebagamana hendak mencari kehendak soalan dengan trpat? dan bagaimana kita hendak ketahui sama ada soalan yang diberi ada lh 1 atau 2 lapis? mohon penjelasan admin....
ReplyDeleteBukan kena cari 1 isi dan 3 huraian utk setiap perenggan ke. Part ni yg blurr. Mohon penjelasan.
ReplyDeleteOwhh baru saya tau. Kk trimas la. Wish me luck exam sem 1 ni alarhh tinggal lagi seminggu je lagi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFullmark satu soalan eisei brape markah?
ReplyDeleteMarkah Untuk kertas1 pengajian am memang per 80 ke... Atau kena kira2 lagi..? Contoh saya dapat 59/80.. So 59 tula markah saya atau nak bahagi 80. Kali ngan 100?
ReplyDeleteThanks!! :D :)
ReplyDeletehttp://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=KA16056
ReplyDeleteprogram injap desa merupakan aktiviti yang dilaksanakn dalan usaha melonjakan sektor pelancongan negara, Selain usaha ini, terdapat juga usaha usaha lain yang dilaksanakan. Bincangkan
ReplyDeleteJadi, Soalan camni, die mntak usaha Dan ?? faktor or kesan?
Kesan . Klau Salah tlg betul kn okay ? Sbb sa pelajar Baru .. Bdk penggal 1 hehe
Deleteusahalah. usaha dalam melonjakkan sektor pelancongan negara. Ada satu isi yg telah diberi iaitu program injap desa. awak kena buat isi program desa tu dulu dalam satu perenggan sebab ia isi wajib. and then tambahkan isi untuk usaha usaha yang lain dalam perenggan lain. yg ini jenis esei 5+0 . so awak dah ada 1 isi. perlu cari 4 isi usaha lain lagi. kenapa saya bagitahu usaha? sebab esei ni ada 'terdapat usaha usaha lain yang dilaksanakan'. therefore,kena buat usaha.
Deleteseriously betul kata2 saudari,inap desa isi yang wajib dihuraikan then tambah 4 lagi isi untuk menjawab soalan "usaha-usaha lain" yang dimentionkan dalam soalan
Delete# <3 thankiuu
ReplyDeletehmm
ReplyDeleteSalah pola potong brapa mrkah erk?
ReplyDelete12 :`)
DeleteBoleh tak bagi contoh esei tentang langkah2 yg dijalankan oleh malaysia bagi meningkatkan lagi daya saing di peringkat global.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya soalan p.am yg 1+2+2 tu mcm mna..
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya soalan p.am yg 1+2+2 tu mcm mna..
ReplyDelete"permainan tradisional kini semakin dilupakan . semua pihak harus berusaha untuk menghidupkan semula warisan ini . bincangkan" dia nak cara menghidupkan semula warisan ke guys ? so, 5+0 lah kan ?
ReplyDeletesebab/ faktor permainan tradisional dilupakan dan langkah menghidupkn semula permainan tradisional. 2+3/3+2
ReplyDeleteTips berguna
ReplyDeletemaximum boleh tulis 400 patah perkataan tak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau nak buat isi macam manager ye.kena letak idea lepastu huraian ke?Saya kurang faham bahagian isi
ReplyDeleteMcm mna mau tau soalan tu 2 atau 1 lapis?
ReplyDeleteIni ,2 Usaha 3 kegagalan betul ?
ReplyDeleteIni ,2 Usaha 3 kegagalan betul ?
ReplyDeleteIni ,2 Usaha 3 kegagalan betul ?
ReplyDelete1+4?
ReplyDeleteSgt menarik sya sngt mnyukainya😍
ReplyDeleteSgt menarik i like☺
ReplyDeletetidak pyh pnjng2 ka huhu
ReplyDeleteAdakah kita perlu Jawab soalan esei ikut skema jawapan?
ReplyDeleteKalau jawapan kita tak sama dengan skema jawapan tu dapat salah ke?
x pun cuma nak lihat isi releven dan huraian releven sudah mencukupi tapi kalau sma dgn skema mmg lagi baik lah
DeleteSeperti dan contoh tak boleh sepatutnya iaitu
ReplyDeleteCikgu kalau karangan minta anda tetapi buat semua pihak still boleh scor A tak untuk Bm
ReplyDeletecg kalau saya tidak buat isu,kehendak soalan dan kombinasi jawapan saya dapat markah tak
ReplyDeleteThanks utk ilmu
ReplyDeletekalau 4-1 ?
ReplyDeleteKalau 5+0 macam mana? 5faktor tanpa langkah ke?
ReplyDeleteYah bagi semua 5faktor kecuali soalan 2+3/3+2
DeleteHai dari masa depan.
DeleteThank You and I have a neat provide: Who Repairs House Windows Near Me exterior home remodel
ReplyDelete