Friday 5 October 2012

Cara Menjawab Soalan Esei

Esei pengajian am..ada 3 soalan,jawab 2. Tapi,adakah anda tahu cara untuk menjawabnya? Saya akan bagi anda formula dulu. Ini dia..

3+2
2+3
4+1
1+4

Semuanya berjumlah 5 kan? Jadinya,untuk buat esei pengajian am..anda perlukan 5 isi. Pendahuluan dan kesimpulan tidak dikira markah,tapi wajib buat. Tak perlu nak panjang sangat. Setakat dua tiga ayat bolehlah. Sebab markah dikira berdasarkan isi dan huraian.

Contoh soalan:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

Nampak tak? Berikan 3 faktor dan 2 langkah. Ingat,panjang karangan anda mestilah antara 300-350 patah perkataan. Tak boleh lebih-lebih. Terus beri isi yang direct to the point. Tak perlu beri penjelasan yang berjela-jela tentang rasuah. Ini bukan karangan bahasa melayu. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan esei ialah 25 markah. Untuk skor A dalam pengajian am,karangan anda mestilah mendapat 15 markah ke atas(mengikut kata guru saya). Masih belum jelas lagi? Saya akan bagi tips untuk jawab soalan esei ni.

TIPS:
-Pendahuluan dan kesimpulan tak perlu panjang sangat.
-Isi-isi yang diberi mestilah relevan dan matang.
-Tak perlu nak cerita panjang lebar tentang sejarah rasuah dll.
-Jangan lupa ikut formula yang diberikan. 3+2,2+3
-Buat draf sebelum buat karangan sebenar.
-Elakkan kesalahan tatabahasa.

Ini adalah contoh karangan saya yang hanya mendapat 18 markah. Penandaan yang guru saya berikan amatlah strict.

Soalan:
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan amalan perkhidmatan awam negara tanpa rasuah,namun kejayaannya masih lagi gagal dicapai. Jelaskan.

Jawapan:
  Perkhidmatan awam negara seperti polis,kastam,dan lain-lain sesungguhnya tidak terlepas daripada amalan rasuah. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi amalan rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan ini.

  Melalui penguatkuasaan undang-undang,kerajaan telah mengenakan denda serta hukuman berat kepada kakitangan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Undang-undang tetap akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan walaupun mereka mempunyai jawatan yang tinggi. Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan rasuah akan dilucutkan jawatannya. Hal ini memberi pengajaran kepada rakyat.

  Gaji kakitangan awam juga dinaikkan bagi mengelakkan kakitangan awam terlibat dengan rasuah. Pihak kerajaan melakukan usaha ini agar semua kakitangan awam bekerja dengan lebih efisien dan tidak menjadi alasan deseakan hidup untuk terlibat dengan rasuah. Ini juga sebagai usaha untuk kakitangan awam menghargai kerajaan.

  Kejayaan bagi mengatasi amalan rasuah ini masih lagi gagal dicapai. Kakitangan kerajaan lebih mengutamakan rasuah kerana rasuah lebih lumayan. Gaji kakitangan awam tidak mencapai imbuhan rasuah yang diberikan. Mereka menerima wang,komputer riba atau barang berharga sebagai imbuhan. Mereka tidak perlu melakukan kerja yang berat semata-mata untuk mendapatkan wang.

  Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat juga menyebabkan rasuah tidak dapat dibanteras. Masyarakat memandang enteng kepada perkara rasuah kerana mentaliti masyarakat yang menganggap isu rasuah sebagai isu lapuk. Masyarakat merasakan amalan rasuah tidak ada kaitan dengan mereka.

  Sikap kakitangan awam itu sendiri yang tidak amanah juga merupakan punca rasuah berleluasa. Kakitangan awam hanya menurut nafsu semata-mata dan tidak kisah untuk pecah amanah. Mereka juga melakukan perkara ini atas desakan hidup.

  Kesimpulannya,pihak kerajaan perlu membanteras rasuah sehingga ke penghujungnya. Masyarakat juga perlu bekerjasama dengan kerajaan agar isu rasuah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.