Saturday 29 September 2012

Kerajaan Tempatan

Kerajaan tempatan. Saya rasa anda mesti pernah dengar tentang Majlis Bandar Raya Shah Alam dan seangkatan dengannya bukan? Jadi,topik kali ini akan membincangkan tentang kerajaan tempatan.

Jenis kerajaan Tempatan

-Bandar raya-dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya.
-Bandar-dikenali sebagai Majlis Perbandaran.
-Luar Bandar-dikenali sebagai Majlis Daerah

Inilah bangunan Majlis Perbandaran Klang!

Ini pula contoh logo Majlis Daerah.

Tugas-tugas Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

-Kuasa perancang tempatan
-Kuasa mengeluarkan lesen
-Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu.
-Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan.
-Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam.

Punca kewangan Pihak Berkuasa Tempatan

-cukai taksiran harta
-bayaran perkhidmatan dan lesen
-pinjaman serta pemberian daripada Kerajaan Negeri
-peruntukan pelancaran daripada Persekutuan sekali sahaja berdasarkan luas kawasan,jumlah hasil dan jumlah penduduk.

P/S:Senang nak ingat bukan? Cuba try hafal. InsyaAllah mesti boleh punya.

Friday 14 September 2012

Tips Nak Skor Pengajian Am

Haa..ada yang pening-pening lalat pulak pasal pengajian am ni. Benda ni wajib lulus tak kira apa jadi pun. Jadi,saya nak kongsi tips-tips yang boleh korang skor pengajian am ni.

1.Rajin tanya cikgu. Jangan jadi sombong,terus-terang dengan cikgu yang korang ni tak paham. Jangan diam-diam,nanti tak paham,exam tenggelam. Boleh mintak tolong cikgu tanda karangan p.a yang korang wat sendiri.

2.Rajin buat latihan. Kalau baca buku 1 ape pun tak masuk,tak guna jugak kan? Sebab tu kita perlukan latihan. Lagi banyak latihan,lagi terer korang menjawab soalan. Jangan jadi malas.

3.Study group. Saya memang tak gemar sangat study group ni. Tapi,setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar. More is better than one,betul tak?

4.Yang paling penting,jangan MALAS.

Saya dah buat..anda bila lagi?

Kisah Parlimen

-Parlimen ni berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan kat negara ni.
-Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:
(a) YDPA
(b) Dewan Negara
(c) Dewan Rakyat

YDPA
-YDPA boleh panggil parlimen untuk bersidang.
-YDPA ada kuasa untuk berhentikan atau bubarkan Parlimen.

Dewan Negara
-Nak jadi ahli Dewan Negara? Haa...cukup syarat tak? Ini syarat2 nya:
(a)Warganegara Malaysia
(b) Umur tidak kurang dari 30 tahun.
(c) Waras fikiran.(TIDAK GILA)
(d) Bukan seorang muflis.
(e) Tidak mempunyai rekod jenayah.

-Jawatan hendaklah dipegang selama 1 penggal iaitu 3 tahun.
-Kedudukan Dewan Negara tak berubah dengan pembubaran parlimen.
-Setiap ahli kena angkat sumpah di hadapan YDPA.
-Dewan Negara ni ada tugasnya yang tersendiri kalau nak tahu,kalau tak nak tahu,sendiri rugilah. Saya tak rugi apa-apa pun. :p Ni dia tugas Dewan Negara yang penting. WAJIB INGAT!
(a) Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih terperinci.
(b) Boleh memulakan sesuatu rang undang-undang kecuali Rang Undang-Undang Kewangan.
(c) Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa menolaknya.

Dewan Rakyat
-Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Contoh yang boleh kita ambil,DUN N45 SELAT KLANG.
-Setiap ahli pegang jawatan selama 5 tahun.
-Ni diaa syarat2 nak jadi ahli Dewan Rakyat,layakkah anda?
(a) Warganegara Malaysia
(b) Umur tidak kurang dari 21 tahun.
(c) Waras fikiran.
(d) bukan seorang muflis
(e) tidak mempunyai rekod jenayah.

-Seorang ahli Dewan Rakyat tak boleh pegang jawatan dalam Dewan Negara dalam satu masa. Pada saya,ini mungkin bagi mengelakkan seseorang ahli tu jadi tamak kot...



Thursday 13 September 2012

Hanya Membantu

Assalamualaikum semua,
Tujuan saya menulis blog ini hanya sekadar membantu pelajar sahaja. Jika ada pandangan yang menarik atau soalan2,bolehlah post di comment box yer.

Saya juga masih belajar. Jadi saya sekadar kongsikan ilmu yang saya ada sahaja. :)