Friday 14 September 2012

Kisah Parlimen

-Parlimen ni berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan kat negara ni.
-Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:
(a) YDPA
(b) Dewan Negara
(c) Dewan Rakyat

YDPA
-YDPA boleh panggil parlimen untuk bersidang.
-YDPA ada kuasa untuk berhentikan atau bubarkan Parlimen.

Dewan Negara
-Nak jadi ahli Dewan Negara? Haa...cukup syarat tak? Ini syarat2 nya:
(a)Warganegara Malaysia
(b) Umur tidak kurang dari 30 tahun.
(c) Waras fikiran.(TIDAK GILA)
(d) Bukan seorang muflis.
(e) Tidak mempunyai rekod jenayah.

-Jawatan hendaklah dipegang selama 1 penggal iaitu 3 tahun.
-Kedudukan Dewan Negara tak berubah dengan pembubaran parlimen.
-Setiap ahli kena angkat sumpah di hadapan YDPA.
-Dewan Negara ni ada tugasnya yang tersendiri kalau nak tahu,kalau tak nak tahu,sendiri rugilah. Saya tak rugi apa-apa pun. :p Ni dia tugas Dewan Negara yang penting. WAJIB INGAT!
(a) Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih terperinci.
(b) Boleh memulakan sesuatu rang undang-undang kecuali Rang Undang-Undang Kewangan.
(c) Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa menolaknya.

Dewan Rakyat
-Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Contoh yang boleh kita ambil,DUN N45 SELAT KLANG.
-Setiap ahli pegang jawatan selama 5 tahun.
-Ni diaa syarat2 nak jadi ahli Dewan Rakyat,layakkah anda?
(a) Warganegara Malaysia
(b) Umur tidak kurang dari 21 tahun.
(c) Waras fikiran.
(d) bukan seorang muflis
(e) tidak mempunyai rekod jenayah.

-Seorang ahli Dewan Rakyat tak boleh pegang jawatan dalam Dewan Negara dalam satu masa. Pada saya,ini mungkin bagi mengelakkan seseorang ahli tu jadi tamak kot...



No comments:

Post a Comment