Saturday 29 September 2012

Kerajaan Tempatan

Kerajaan tempatan. Saya rasa anda mesti pernah dengar tentang Majlis Bandar Raya Shah Alam dan seangkatan dengannya bukan? Jadi,topik kali ini akan membincangkan tentang kerajaan tempatan.

Jenis kerajaan Tempatan

-Bandar raya-dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya.
-Bandar-dikenali sebagai Majlis Perbandaran.
-Luar Bandar-dikenali sebagai Majlis Daerah

Inilah bangunan Majlis Perbandaran Klang!

Ini pula contoh logo Majlis Daerah.

Tugas-tugas Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

-Kuasa perancang tempatan
-Kuasa mengeluarkan lesen
-Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu.
-Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan.
-Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam.

Punca kewangan Pihak Berkuasa Tempatan

-cukai taksiran harta
-bayaran perkhidmatan dan lesen
-pinjaman serta pemberian daripada Kerajaan Negeri
-peruntukan pelancaran daripada Persekutuan sekali sahaja berdasarkan luas kawasan,jumlah hasil dan jumlah penduduk.

P/S:Senang nak ingat bukan? Cuba try hafal. InsyaAllah mesti boleh punya.

1 comment: