Friday 5 October 2012

Cara Menjawab Soalan Esei

Esei pengajian am..ada 3 soalan,jawab 2. Tapi,adakah anda tahu cara untuk menjawabnya? Saya akan bagi anda formula dulu. Ini dia..

3+2
2+3
4+1
1+4

Semuanya berjumlah 5 kan? Jadinya,untuk buat esei pengajian am..anda perlukan 5 isi. Pendahuluan dan kesimpulan tidak dikira markah,tapi wajib buat. Tak perlu nak panjang sangat. Setakat dua tiga ayat bolehlah. Sebab markah dikira berdasarkan isi dan huraian.

Contoh soalan:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

Nampak tak? Berikan 3 faktor dan 2 langkah. Ingat,panjang karangan anda mestilah antara 300-350 patah perkataan. Tak boleh lebih-lebih. Terus beri isi yang direct to the point. Tak perlu beri penjelasan yang berjela-jela tentang rasuah. Ini bukan karangan bahasa melayu. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan esei ialah 25 markah. Untuk skor A dalam pengajian am,karangan anda mestilah mendapat 15 markah ke atas(mengikut kata guru saya). Masih belum jelas lagi? Saya akan bagi tips untuk jawab soalan esei ni.

TIPS:
-Pendahuluan dan kesimpulan tak perlu panjang sangat.
-Isi-isi yang diberi mestilah relevan dan matang.
-Tak perlu nak cerita panjang lebar tentang sejarah rasuah dll.
-Jangan lupa ikut formula yang diberikan. 3+2,2+3
-Buat draf sebelum buat karangan sebenar.
-Elakkan kesalahan tatabahasa.

Ini adalah contoh karangan saya yang hanya mendapat 18 markah. Penandaan yang guru saya berikan amatlah strict.

Soalan:
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan amalan perkhidmatan awam negara tanpa rasuah,namun kejayaannya masih lagi gagal dicapai. Jelaskan.

Jawapan:
  Perkhidmatan awam negara seperti polis,kastam,dan lain-lain sesungguhnya tidak terlepas daripada amalan rasuah. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi amalan rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan ini.

  Melalui penguatkuasaan undang-undang,kerajaan telah mengenakan denda serta hukuman berat kepada kakitangan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Undang-undang tetap akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan walaupun mereka mempunyai jawatan yang tinggi. Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan rasuah akan dilucutkan jawatannya. Hal ini memberi pengajaran kepada rakyat.

  Gaji kakitangan awam juga dinaikkan bagi mengelakkan kakitangan awam terlibat dengan rasuah. Pihak kerajaan melakukan usaha ini agar semua kakitangan awam bekerja dengan lebih efisien dan tidak menjadi alasan deseakan hidup untuk terlibat dengan rasuah. Ini juga sebagai usaha untuk kakitangan awam menghargai kerajaan.

  Kejayaan bagi mengatasi amalan rasuah ini masih lagi gagal dicapai. Kakitangan kerajaan lebih mengutamakan rasuah kerana rasuah lebih lumayan. Gaji kakitangan awam tidak mencapai imbuhan rasuah yang diberikan. Mereka menerima wang,komputer riba atau barang berharga sebagai imbuhan. Mereka tidak perlu melakukan kerja yang berat semata-mata untuk mendapatkan wang.

  Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat juga menyebabkan rasuah tidak dapat dibanteras. Masyarakat memandang enteng kepada perkara rasuah kerana mentaliti masyarakat yang menganggap isu rasuah sebagai isu lapuk. Masyarakat merasakan amalan rasuah tidak ada kaitan dengan mereka.

  Sikap kakitangan awam itu sendiri yang tidak amanah juga merupakan punca rasuah berleluasa. Kakitangan awam hanya menurut nafsu semata-mata dan tidak kisah untuk pecah amanah. Mereka juga melakukan perkara ini atas desakan hidup.

  Kesimpulannya,pihak kerajaan perlu membanteras rasuah sehingga ke penghujungnya. Masyarakat juga perlu bekerjasama dengan kerajaan agar isu rasuah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.



79 comments:

  1. JIKA KEHENDAK SOALAN 5+0

    ReplyDelete
  2. 1+0 sja bagaimana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana wujud 1+0. Nanti markah berapa sahaja. Tak lebih dari 5. Itu belum masuk lagi releven atau tidak, struktur ayat, kesalahan sintaksis, markah bahasa. Kih-3

      Delete
    2. kalau 1+0, memang markah susah nak dapatlah.

      Delete
    3. dia nk belawak je tu.. kmu serius sngt

      Delete
    4. Iboh dodo kau sitok kimak juak eh

      Delete
    5. syafiq zaidi awak budak spm ke

      Delete
    6. mns kwn hahaha tauk la dah nk sem 1 ilek laaa

      Delete
    7. mns kwn hahaha tauk la dah nk sem 1 ilek laaa

      Delete
  3. terimah kasih atas maklumat ini. sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. trma kasih ats mklumat yg anda sediakn ia amat b'makna bg sya...

    ReplyDelete
  5. trma kasih ats mklumat yg anda sediakn ia amat b'makna bg sya...

    ReplyDelete
  6. Terbaikkk....hope boleh jwb esok...

    ReplyDelete
  7. Ohh..sama-sama. Hanya sekadar membantu.

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak menentukan kombinasi jawapan sama ada 3+2 , 2+3 ,1+4,atau 5+0?apakah kat kuncinya??

    ReplyDelete
  9. bulatkan,

    pelbagai usaha... (nyatakan usaha).

    namun.... (nyatakan punca)

    soalan ni minta 3+2/2+3 gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tips untuk bagaimana mendapat isi yg matang dn tepat mengikut solan ?

      Delete
  10. Otak masih lagi tak mampu nak beza 2+3 ke 5+0 lah. Hadui.

    ReplyDelete
  11. macam mna nak taw kehendak soalan??

    ReplyDelete
  12. esok exam P.A penggal 1
    otak»X-(

    ReplyDelete
  13. soalan stpm hari ini
    GEJALA RASUAH MENJADI DURI DALAM DAGING YANG MENDATANGKN KESAN BURUK PADA NEGARA.PELBGAI LANGKAH DIAMBIL
    .BINCANG
    AP KHNDAK EK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anonymous, kehendak soalan minta Kesan dan Langkah untuk mengatasinya. So berikan 3 kesan dan 2 langkah yang diambil untuk mengatasi gejala rasuah tersebut.

      Delete
  14. tlng jawb cikgu

    ReplyDelete
  15. terima kasih, ia amat berguna!!!! :D

    ReplyDelete
  16. mintak nk copy paste boleh x??

    ReplyDelete
  17. terima kasih ats maklumat yang berguna ini..

    ReplyDelete
  18. waww.. trima kasih ya atas mklumat serta tips ini..

    ReplyDelete
  19. 18 marks? are u serious?

    ReplyDelete
  20. Macam mana nak tahu releven ke tak??

    ReplyDelete
  21. terbaikk...sgt membantu sy nk buat esei mlm ney... tq yerr...

    ReplyDelete
  22. bagamana hendak mencari kehendak soalan dengan trpat? dan bagaimana kita hendak ketahui sama ada soalan yang diberi ada lh 1 atau 2 lapis? mohon penjelasan admin....

    ReplyDelete
  23. Bukan kena cari 1 isi dan 3 huraian utk setiap perenggan ke. Part ni yg blurr. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  24. Owhh baru saya tau. Kk trimas la. Wish me luck exam sem 1 ni alarhh tinggal lagi seminggu je lagi

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Fullmark satu soalan eisei brape markah?

    ReplyDelete
  27. Markah Untuk kertas1 pengajian am memang per 80 ke... Atau kena kira2 lagi..? Contoh saya dapat 59/80.. So 59 tula markah saya atau nak bahagi 80. Kali ngan 100?

    ReplyDelete
  28. http://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=KA16056

    ReplyDelete
  29. program injap desa merupakan aktiviti yang dilaksanakn dalan usaha melonjakan sektor pelancongan negara, Selain usaha ini, terdapat juga usaha usaha lain yang dilaksanakan. Bincangkan

    Jadi, Soalan camni, die mntak usaha Dan ?? faktor or kesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan . Klau Salah tlg betul kn okay ? Sbb sa pelajar Baru .. Bdk penggal 1 hehe

      Delete
    2. usahalah. usaha dalam melonjakkan sektor pelancongan negara. Ada satu isi yg telah diberi iaitu program injap desa. awak kena buat isi program desa tu dulu dalam satu perenggan sebab ia isi wajib. and then tambahkan isi untuk usaha usaha yang lain dalam perenggan lain. yg ini jenis esei 5+0 . so awak dah ada 1 isi. perlu cari 4 isi usaha lain lagi. kenapa saya bagitahu usaha? sebab esei ni ada 'terdapat usaha usaha lain yang dilaksanakan'. therefore,kena buat usaha.

      Delete
    3. seriously betul kata2 saudari,inap desa isi yang wajib dihuraikan then tambah 4 lagi isi untuk menjawab soalan "usaha-usaha lain" yang dimentionkan dalam soalan

      Delete
  30. Salah pola potong brapa mrkah erk?

    ReplyDelete
  31. Boleh tak bagi contoh esei tentang langkah2 yg dijalankan oleh malaysia bagi meningkatkan lagi daya saing di peringkat global.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum, saya nak tanya soalan p.am yg 1+2+2 tu mcm mna..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum, saya nak tanya soalan p.am yg 1+2+2 tu mcm mna..

    ReplyDelete
  34. "permainan tradisional kini semakin dilupakan . semua pihak harus berusaha untuk menghidupkan semula warisan ini . bincangkan" dia nak cara menghidupkan semula warisan ke guys ? so, 5+0 lah kan ?

    ReplyDelete
  35. sebab/ faktor permainan tradisional dilupakan dan langkah menghidupkn semula permainan tradisional. 2+3/3+2

    ReplyDelete
  36. maximum boleh tulis 400 patah perkataan tak?

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Kalau nak buat isi macam manager ye.kena letak idea lepastu huraian ke?Saya kurang faham bahagian isi

    ReplyDelete
  39. Mcm mna mau tau soalan tu 2 atau 1 lapis?

    ReplyDelete
  40. Ini ,2 Usaha 3 kegagalan betul ?

    ReplyDelete
  41. Ini ,2 Usaha 3 kegagalan betul ?

    ReplyDelete
  42. Ini ,2 Usaha 3 kegagalan betul ?

    ReplyDelete
  43. Sgt menarik sya sngt mnyukainya😍

    ReplyDelete
  44. tidak pyh pnjng2 ka huhu

    ReplyDelete
  45. Adakah kita perlu Jawab soalan esei ikut skema jawapan?

    Kalau jawapan kita tak sama dengan skema jawapan tu dapat salah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pun cuma nak lihat isi releven dan huraian releven sudah mencukupi tapi kalau sma dgn skema mmg lagi baik lah

      Delete
  46. Seperti dan contoh tak boleh sepatutnya iaitu

    ReplyDelete
  47. Cikgu kalau karangan minta anda tetapi buat semua pihak still boleh scor A tak untuk Bm

    ReplyDelete
  48. cg kalau saya tidak buat isu,kehendak soalan dan kombinasi jawapan saya dapat markah tak

    ReplyDelete
  49. Kalau 5+0 macam mana? 5faktor tanpa langkah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yah bagi semua 5faktor kecuali soalan 2+3/3+2

      Delete
    2. Hai dari masa depan.

      Delete